Monday, January 12, 2009

ala...da 19??

Semoga dengan pertambahan angka usia dapat menambahkan lagi pengalaman hidup, ilmu serta kematangan diri dalam menempuh dugaan hidup yang semakin mencabar ini.

Ingatlah, tiadanya gunanya..
Ilmu tanpa ama

Hati tanpa menilai
Mata tanpa melihat
Akal tanpa berfikir
Iman tanpa amal
Sempurna anggota tanpa di guna ke arah kebaikan.
Mulut tanpa berdakwah.
Telinga tanpa mendengar
Umur tanpa amalan.

Teruskanlah hidup walaupun seribu dugaan mendatang,
Sejuta rintangan yang melanda bak ombak tsunami yang menghempas pantai…walaupun diduga seperti gempa bumi…
hadapilah segala-galanya dengan tabah tanpa sebarang rungutan…
sebaliknya ucapkanlah kalimah Alhamdulillah kerana setiap dugaan mematangkan diri seseorang dalam menghadapi dugaan yang mendatang…

Tetapkanlah matlamat hidup yang sebenar…
Kerana perjuangan masih belum selesai…
Janganlah kita terdiri daripada golongan `Melayu Mudah Lupa’… Tapi jadilah manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam menuju kejayaan di dunia dan akhirat...

No comments:

Post a Comment